Pages

Wednesday, November 30, 2011

MENANTI HARI ESOK


Assalamualaikum ...menanti hari esok,

ku meniti saat waktu yg pergi
ku merindui masa yg berlalu
ku insafi kejahilan lamaku
aku mananti hari esok
pabila matahari pergi
bulan yang muncul
hari berganti hari
tarikh berubah ubah
tapi aku tetap pada norma yg sama
adakah aku hanya batu yang tidak berubah dipukul ombak
adakah aku cuma bukit yang tidak bergerak
aku masih sama...
sama pada wajah
sama pada fikiran
sama pada tindakkan
aku tetap sama
orang sudah bergerak ke c
aku masih di a
orang sudah sampai ke antartika
aku masih di malaysia
aku manusia biasa
tidakkah aku mampu melakukan sedemikian rupa
aku tahu aku tetap aku
aku mahu berhijrah
kurasakan bumi ciptaan ALLAH ini sangat sedikit ku jejaki
kurasakan ilmu didadaku sangat kecil bagaikan kuman di laut
alangkah ku tahu
aku MENANTI HARI ESOK...

Monday, April 11, 2011

Catatan kembara.......



Assalamualaikum........Alhamdulilah insan bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih lagi mampu bernafas dan melihat alam yang indah ciptaanNYA..insan baru-baru ini telah berkonvoi dengan sahabat-sahabat insan ke JOHOR dan MELAKA dengan menaiki motosikal, Alhamdulilah tiada masalah yang dihadapi cuma sedikit dugaan daripada ALLAH kepada kami...setiap dugaan yang diberikanNYA , DIA tahu hambaNYA mampu menghadapi dugaan tersebut....insan berkonvoi kerana ingin melihat alam ciptaanNYA bersama dengan sahabat-sahabat...indah sungguh alam yang diciptaNYA...kekuasaan ALLAH tidak terbatas ,YA ALLAH hambaMU ini bersyukur kerana dapat melihat alam ciptaanMU...terima kasih kepada semua sahabat yang membantu insan semasa berkonvoi,terima kasih juga kepada keluarga ULUL AZMI dan keluarga AZLEE kerana melayan kami seperti keluarga sendiri.....SEKIAN cacatan INSAN....moga bertemu lagi...ASSALAMUALAIKUM,,,,,,,,

Thursday, March 24, 2011

Ujian tanda sayang......


Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat insan...insan terdengar keluhan demi keluhan mengenai ujian yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia.,ujian dari ALLAH menandakan ALLAH sayang pada kita lagi berat ujian yang diberikan oleh ALLAH lagi sayang ALLAH pada kita......jadi JANGANLAH kita sesekali menyalahkan ALLAH atas dugaan dan ujian yang diberikan-NYA,,,,,sesungguhnya ALLAH tahu bahawa hamba yang diberikan ujian tersebut dapat menghadapinya....kita mesti ingat ujian yang diberikan ALLAH adalah untuk menguji keimanan kita berada pada tahap mana.....diakhir kata UJIAN TANDA ALLAH SAYANG PADA KITA.........................sekian....ASSALAMUALAIKUM....

Saturday, March 12, 2011

DI ANTARA CINTA DAN CITA-CITA


Assalamualaikum kepada semuaaa....sudah lama kita tidak bertemu, lama sungguh insan tidak berbicara di blog insan ini...pada entri kali ini insan hendak mengajukan mengenai persoalan diantara cinta dan cita-cita ,yang manakah akan anda pilih??????????????..........
cinta.....dikatakan oleh orang yang bercinta kepada insan perasaan ini sungguh istimewa,dimana sahaja kita akan teringatkan si dia...hurmmm pelik bukan ,kita bagaikan berada di alam yang lain yang hanya ada dua orang sahaja...
cita-cita.....cita-cita bukan mudah digapai dan diperolehi,untuk mengapai cita-cita kita pelbagai halangan dan rintangan perlu ditempuhi,tetapi apabila mencapai cita-cita yang kita inginkan sungguh puas rasa diri ini....insan belum mengapai cita-cita insan kerana insan sedang berusaha untuk menggapainya.............

ok.....sekarang terserahlah kepada diri kita sendiri untuk memilih di antara cinta atau cita-cita....ataupun kedua-duanya sekali.....fikirkanlah yang terbaik demi anda sendiri........sekiannnnnn....

Sunday, February 28, 2010

MARILAH KITA BERUBAH


Assalamualaikum.....sudah lama insan tidak menulis dlm blog ini....di pertemuan ini insan berharap ada perubahan yang dilakukan oleh kalian....PERUBAHAN...????? perubahan yang bagaimana??? sudah tentulah perubahan yang positif dan menjurus ke arah mendekatkan diri dengan Allah.....cadangan disini adalah yang paling mudah iaitu solat berjemaah....solat jemaah??? kat rumah blh sembahyang.....tapi apabila kamu mendengar azan, tetapi kamu tidak pergi kepadanya, maka tidak sempurna solat mu...........hurmmmmm...sibuk??x dak masa??ada kelas??? ingatlah apabila kamu mengata sedemikian ...fikirkan....... allah memberi masa 24 jam kepada kita..apa yang kita lakukan dengan masa tersebut????? adakah setiap saat kita mengigati Allah...???? adakah kita selalu fikirkan allah sentiasa melihat kita?? apabila kita berfikir Allah sentiasa melihat kita..kita akan berubah..percayalahh........sekiannn

Monday, February 22, 2010

PERNAHKAH KITA BERSYUKUR??????


assslamualaikum...... selamat memulakan kembali kuliah dan menyiapkan assingment yang tgh byak tu..........dalam meniti kehidupan seharian , pernahkah kita bersyukur????? dari kita buka mata pada awal pagi hingga kita lelapkan mata di malam hari....... pernahkah kita terfikir tentang nikmat yang diberi oleh allah kepada kita....yang selalu di dengar hanyalah keluhan, susah,payah....hurmmmmmmmmmmmmmm marilah kita sama-sama bersyukur atas kurniaan ilahi , kita dapat melihat....adakah penglihatan yang diberi oleh allah digunakan dengan betul....bayangkan besok apabila mata dibuka hanya gelap yang menjelma....kita dapat berjalan....adakah tujuan perjalanan kita itu mendapat keredoaan allah... adakah anda semua yakin bahawa kaki yang diberi allah ini akan kekal sehingga keakhirnya...kita dapat mendengar..........adakah apa yang didengar itu dapat menambahkan keimanan kepada yang maha kuasa.....kita dapat bercakap/bersuara......adakah suara yang diberi itu melaungkan kebesaran dan kesyukuran kepada allah........marilah kita sama2 fikirkan "ADAKAH KITA BERSYUKUR"......sekian... assalamualaikum...

Wednesday, February 10, 2010

JOM BOIKOT VALENTINE DAY


ASSALAMUALAIUKUM.......... insan membuka bicara dengan hadis 'Rasulullah s.a.w melarang untuk meniru budaya orang bukan islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut"..Sabda Baginda: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia tergolong golongan mereka.( Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.

Oleh itu janganlah kita terikut- ikut dengan orang yang bukan islam.

Ingatlah sahabat, setiap perbuatan di dunia ini ada batasannya, kebebasan yang dimiliki bukanlah jalan untuk kita terus hanyut dan tergelincir dalam kealpaan...

letaklah cinta kepada yang berhak untuk dicintai dan bukanlah kepada perkara yang boleh menghancurkan kita. Sama- samakita berusaha mengapai redha dan cinta illahi.....