Pages

Sunday, February 28, 2010

MARILAH KITA BERUBAH


Assalamualaikum.....sudah lama insan tidak menulis dlm blog ini....di pertemuan ini insan berharap ada perubahan yang dilakukan oleh kalian....PERUBAHAN...????? perubahan yang bagaimana??? sudah tentulah perubahan yang positif dan menjurus ke arah mendekatkan diri dengan Allah.....cadangan disini adalah yang paling mudah iaitu solat berjemaah....solat jemaah??? kat rumah blh sembahyang.....tapi apabila kamu mendengar azan, tetapi kamu tidak pergi kepadanya, maka tidak sempurna solat mu...........hurmmmmm...sibuk??x dak masa??ada kelas??? ingatlah apabila kamu mengata sedemikian ...fikirkan....... allah memberi masa 24 jam kepada kita..apa yang kita lakukan dengan masa tersebut????? adakah setiap saat kita mengigati Allah...???? adakah kita selalu fikirkan allah sentiasa melihat kita?? apabila kita berfikir Allah sentiasa melihat kita..kita akan berubah..percayalahh........sekiannn

Monday, February 22, 2010

PERNAHKAH KITA BERSYUKUR??????


assslamualaikum...... selamat memulakan kembali kuliah dan menyiapkan assingment yang tgh byak tu..........dalam meniti kehidupan seharian , pernahkah kita bersyukur????? dari kita buka mata pada awal pagi hingga kita lelapkan mata di malam hari....... pernahkah kita terfikir tentang nikmat yang diberi oleh allah kepada kita....yang selalu di dengar hanyalah keluhan, susah,payah....hurmmmmmmmmmmmmmm marilah kita sama-sama bersyukur atas kurniaan ilahi , kita dapat melihat....adakah penglihatan yang diberi oleh allah digunakan dengan betul....bayangkan besok apabila mata dibuka hanya gelap yang menjelma....kita dapat berjalan....adakah tujuan perjalanan kita itu mendapat keredoaan allah... adakah anda semua yakin bahawa kaki yang diberi allah ini akan kekal sehingga keakhirnya...kita dapat mendengar..........adakah apa yang didengar itu dapat menambahkan keimanan kepada yang maha kuasa.....kita dapat bercakap/bersuara......adakah suara yang diberi itu melaungkan kebesaran dan kesyukuran kepada allah........marilah kita sama2 fikirkan "ADAKAH KITA BERSYUKUR"......sekian... assalamualaikum...

Wednesday, February 10, 2010

JOM BOIKOT VALENTINE DAY


ASSALAMUALAIUKUM.......... insan membuka bicara dengan hadis 'Rasulullah s.a.w melarang untuk meniru budaya orang bukan islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut"..Sabda Baginda: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia tergolong golongan mereka.( Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.

Oleh itu janganlah kita terikut- ikut dengan orang yang bukan islam.

Ingatlah sahabat, setiap perbuatan di dunia ini ada batasannya, kebebasan yang dimiliki bukanlah jalan untuk kita terus hanyut dan tergelincir dalam kealpaan...

letaklah cinta kepada yang berhak untuk dicintai dan bukanlah kepada perkara yang boleh menghancurkan kita. Sama- samakita berusaha mengapai redha dan cinta illahi.....



Tuesday, February 9, 2010

MARI BERLAJAR LOGHAT NEGERI KEDAH



ASSALAMUALAIKUM......alhamdulilah insan masih bernafas lagi ...dan dapat menulis di dalam blog ini...........hari ini insan nak ajar mengenai loghat kedah......mengapa loghat kedah menjadi pilihan.....ermmmm sebabnya tentulah insan berasal dari negeri KEDAH DARUL AMAN...di kawasan jerlun .kg insan bernama kg kemboja....bukan negara kemboja dan bukan sebab orang kat kg insan asal dari negara kemboja....kg insan diberikan nama bersempena bunga kemboja yang dipercayai dahulu banyak terdapat di kampung insan.....sekarang ni nak tengok bunga kemboja kenalah pergi kawasan perkuburan kerana pokok ini sinonim dengan kawasan kuburrr.....insan nak ajar beberapa perkataan loghat kedah




  1. ghon membawa maksud jalan yang berbukit ada naik dan ada turun

  2. loklaq membawa maksud melakukan perbuatan yang tidak sopan

  3. mengkala membawa maksud bila

  4. biruu membawa maksud almari

  5. melahaq membawa maksud makan secara gelojoh

  6. tak kelapaq membawa maksud tidak sudi/tidak mau

  7. langgah membawa maksud minum air tidak mengunakan gelas

  8. merelop membawa maksud senja

  9. kawaq membawa maksud pencuri

  10. gherek membawa maksud basikal

  11. bok membawa maksud tilam

  12. lingkup membawa maksud rosak

  13. keleh membawa maksud lihat

  14. mandom membawa maksud lembab/

  15. menyorok membawa maksud sarapan
  16. hawaq membawa maksud perangai yang kurang baik
  17. meneru -menerai membawa maksud keadan lalu lintas yang sibuk
  18. cermekap membawa maksud kurang cekap
  19. meghela membawa maksud miang
  20. batas membawa maksud jalan

hahahhahahahha itulah diantara beberapa patah perkataan yang dapat diajar hari ini..........ermmm moga dapat berjumpa dilain masa ok,,,,,







Monday, February 8, 2010

DARI HATI BELUM KE MATA


Pelik kan tajuk ni.........ermmm ni yang insan nak kongsi dengan rakan-rakan sekalian......selalunya pepatah dari mata turun ke hati, yang membawa maksud apabila melihat sesuatu akan terus jatuh hati....terutamanya apabila melihat awek-awekss yang cun dan cantik... sapa yang tak terpikatkan...betul tak AZLEE?????HAHAHAH.....ni ada satu kata kiasan yg ditulis oleh seorang kawan(jangan melihat penampilan kerana ia boleh menipumu..... jangan melihat kekayaan kerana ia boleh menhancurkan....pergilah kepada seseorang yang boleh membuat kamu tersenyum.......kerana dengan sebuah senyuman hari yang gelap menjadi terang.carilah seseorang yang membuat hatimu tersenyum....)erm.....apa maksud kiasan ni eik....ntah insan pun kurang paham...jadi kepada sesiapa yang paham blh laa bagi tau insan k...

Sunday, February 7, 2010

DI PAGI YANG SUNYI

Pada pagi ini jam menunjukkan 4.00 PAGI tetapi insan masih berjaga..........kerana insan perlu melukis figura khususnya kaki........ermm ngantuk laa jugak tapi insan anggap ini sebagai cabaran hidup di universiti........ masa/waktu yang kita ada ini kita haruslah guna dengan sebaik mungkin untuk masa hadapan ..........jadi insan nasihatkan kepada kawan - kawan semua supaya jangan alpa dengan waktu yang kita ada, gunakan sebaik mungkin.......alhamdulilah dah siap pun kerja insan pada pukul 5.00.......ermmm sementara hendak menunggu waktu subuh tiba.. insan nak menceritakan mengenai kawan2 insan kat kg insan ada 3 orang sahabat karib... mereka ialah IKWAN NAZRI,TAUFIQ dan RIZAL..ikwan berlajar di UUM, taufiq pula belajar di KUIN dan rizal pula belajar di UPSI.....alhamdulilah moga-moga para sahabat sekalian berjaya dalam bidang masing-masing......di Universiti pula ada banyak sangat kawan .... diantaranya ialah AZLEE, FADLI,RAHIM,AIZAT,HILMI,AKMAL,HUSAINI,SYAFIQ,SHAHRUL dan ramai lagi... kalau nak sebut semua ermm...sampai malam esok pun tak habis. Jadi setakat inilah pertemuan kita ok...moga berjumpa di lain hari pula